TUNGGU. HAPPENING SOON. KOMPLOT LANGKAH MUHYIDDIN 2.0



Tengah-tengah krisis Covid-19, tetiba Datuk Marzuki Yahya, Setiausaha Agung PPBM dipecat Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM. Takde orang terkejut pun sebab pemecatan ni dah dijangka kerana ianya dalam skop strategi komplot Muhyiddin Fasa 2. Ini adalah pemecatan pertama dalam senarai pemecatan yang akan berlaku tak lama lagi. Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM mempunyai 2 blok. Blok Muhyiddin dan Blok Tun Mahathir.

Blok Muhyiddin sedang berusaha keras untuk menumpaskan Blok Tun. Fasa pertama ialah memecat Datuk Marzuki Yahya yang memang penyokong setia Tun Mahathir. Pilihanraya Parti dah ditangguh (juga seperti dijangkakan) kerana wabak Covid-19. Penangguhan ini akan memberikan Muhyiddin masa untuk membuat rancangan terperinci untuk langkah seterusnya dalam mengambil alih kepimpinan parti PPBM

Macam nilah. Najib pecat Muhyiddin. Muhyiddin takde tempat nak pergi sebab tak ramai orang suka dia pun (mat ni dari dulu tak popular). Dia pergi jumpa Tun M sebab terdesak dan tanpa hala tuju. Tun kesian punya pasal bagi tempat kat Muhyiddin untuk jadi Presiden PPBM yang baru ditubuhkan Tun. Pada masa itu jugak si gunting dalam selimut ni patutnya TIDAK diberi kepercayaan penuh oleh Tun. Tapi Tun tolak tepi semua keraguan dan kemusykilan tentang Muhyiddin Yassin dan dengan besar hati memberinya jawatan penting dalam parti PPBM. Tapi dari awal lagi Muhyiddin dan Tun memang dah bertelagah secara terbuka di hadapan ahli-ahli parti. Muhyiddin inginkan penyatuan dengan UMNO dari dulu lagi. Tun je yang tak setuju.

Kini setelah Langkah Muhyiddin berjaya menakluki Putrajaya, Muhyiddin inginkan barisan Majlis Pimpinan Tertinggi yang BUKAN dari PPBM. Dia mahukan MPT yang dipenuhi kroni UMNOnya. Dia bersama Zahid Mat Arip dah lama berkomplot untuk mengasingkan penyokong Tun dan juga Tun, memecat mereka dan mengambil alih PPBM. Langkah Sheraton pada masa itu memberi mereka peluang keemasaan .

Inilah strategi Muhyiddin. Dia akan memecat seorang demi seorang MPT yang setia kepada Tun. Muhyiddin sebagai Presiden PPBM mengikut Perlembagaan parti memang boleh memecat mereka dengan sebab. Sebab utama yang mungkin diberi ialah kerana TIDAK MENYOKONG PRESIDEN.

Muhyiddin TIDAK AKAN bertanding untuk jawatan Pengerusi kerana takut kalah. Dia akan membiarkan jawatan Pengerusi dimenangi Tun tanpa bertanding. Setelah memecat kesemua loyalist Tun dalam MPT maka Tun akan berada dalam MPT tanpa kekuatan majoriti. Ini bermakna Tun akan terpaksa letak jawatan kerana setiap usulan Tun didalam MPT tidak akan menerima sokongan.

Muhyiddin ni taklah sebaik yang ramai sangka. Nampak je pendiam. Hubungan sulit dia dengan perempuan Cina yang juga bini orang telah memecah-belahkan perkahwinan wanita tersebut. Semasa bawah Najib pun dia ni sebenarnya pendam cita-cita nak take-over. Tak berjaya tu je. Kalau betul dia seorang manusia berprinsip tak mungkin dia pecat Datuk Marzuki di masa krisis begini.

Ini bermakna semasa rakyat Malaysia sibuk dikawal pergerakan mereka, Perdana Menteri Malaysia sibuk mengerakkan Master Plannya untuk mengambil alih parti PPBM.

So cold and so calculated.

Post a Comment

0 Comments