Petang tadi aku duduklah dengan member aku yang rajin sertai tender dari Menteri Pendidikan. Success rate dia tak seberapa la. Cerita kita masuk bab Dr. Maszlee dan bagaimana beliau walaupun dilihat secara amnya gagal dalam melaksanakan portfolionya, dia sebenarnya adalah seorang Menteri yang bagus dengan idea-idea dinamik. Cerita pun berlarutlah sampai tercerita tentang KBSR dan KBSM dibawah Menteri Pendidikan zaman Tok Adam dulu iaitu DS Anwar Ibrahim.
Cerita punya cerita…cerita pun sampailah ke mantan Menteri Pendidikan
zaman Barisan dulu sebelum PRU ke 14, Mahdzir Khalid. Tak ramai yang ingat dia
pun kerana beliau menyandang jawatan tersebut dalam jangkamasa yang tak lama.
(lama jugak lah dari Dr Maszlee). Anyway dalam masa beliau memegang jawatan tu
menurut member aku ni, ada satu projek yang telah wujud untuk ‘memandaikan lagi
sekolah-sekolah di serata Malaysia termasuklah sekolah vernakular. Sebanyak 2,000 buah sekolah di merata
negara telah dikenalpasti untuk program transformasi ini untuk mewujudkan SMART
CLASSROOM di sekolah-sekolah ini. Smart Classroom secara ringkas adalah
sebuah bilik untuk pelajar dididik menggunakan kaedah state-of-the-art la
konon. Program ini pada masa itu
dicadangkan untuk dilaksanakan secara berperingkat.
Sumber Imej: NST
Nilai
projek tersebut diletakkan pada RM190 juta. Benda macam ni sebenarnya member
aku ni tak berani nak masuk pun walaupun dengan direct nego melalui kroni. Bank
Guarantee sah tak lepas. TAPI member aku ditanya tentang kos HARGA SEBIJIK INTERACTIVE DIGITAL BOARD. Member aku ni secara lisan
bagitau orang Kementerian benda camni sebenarnya berharga antara RM15k ke RM20k
sebiji (dia bantai je berdasarkan pengalaman dia)..Member aku pun tanya kenapa?
Orang Kementerian pun bagitau yang idea untuk SMART CLASSROOM ni sebenarnya
adalah untuk meletak sekurang-kurangnya 1 bijik INTERACTIVE DIGITAL BOARD kat
2000 sekolah diserata negara (dalam satu classroom letew).
Sumber Imej: NST
Ada kemungkinan sesetengah
sekolah akan dapat 2 biji (bergantung kepada saiz sekolah). Sampai hari ini ko
carilah ko takkan jumpa Surat Tender untuk projek ni. AKU CABAR KORANG. Sebabnya
saudara-saudari ialah KERANA JOB NI ADALAH JOB DIRECT NEGO (tandatangan Menteri
la).
Sumber Imej: infocus display
Sumber Imej: bhpphotovideo.com
Member aku ni keluarkan telepon dia pastu masuk app
calculator…dia start kira…dia kata mungkin semua sekolah memerlukan 2 biji ( 2
classroom) maka untuk 2,000 sekolah 4,000 ribu unit INTERACTIVE DIGITAL BOARD
(brand LG kot) ni diperlukan. Pada harga USD 5,000.00 dan pada kadar pertukaran
1 USD ke RM4 maka harga sebiji INTERACTIVE DIGITAL BOARD (IDB) ni adalah pada
harga lebih kurang RM20,000 sebiji. 4,000 kali RM20,000 ialah RM80 juta. JAP,
TAPI MENTERI DAH BUAT STATEMEN KAT MEDIA YANG MENGATAKAN PROJEK NI BERNILAI
RM190 JUTA (sila rujuk gambar no.2). Kalau kos pembelian adalah pada RM80 juta,
kita estimate kos penghantaran ada la dalam RM10 juta (tak logik kot tapi
takpe) dan kos penyelengaraan dan perkhidmatan untuk pada kadar RM12k untuk
setiap sekolah (untuk setahun) kali 2000 sekolah ialah RM 24 juta. So, kita kira-kira jap...
4,000 ribu unit IDB x RM20,000 - RM80 jutaKos Penghantaran Ke 2,000 sekolah - RM10 juta
Jangan lupa ini juga Menteri Pendidikan YANG MEMASUKI PERJANJIAN DENGAN YTL PADA TAHUN 2016 (dia start bertugas 2015 btw) 1Bestari.Net. Fasa pertama projek ini Mahdzir ni bayar RM3.8 billion untuk INTERNET ADA KAT SEKOLAH….UNIFI TERKEJUT BERUK MASA tu tapi itu cerita lain.
Moral cerita kat sini
simple je…YA MASZLEE MUNGKIN ADA SILAP DIA…tapi tolonglah JANGAN LUPA BETAPA
TERUKNYA MENTERI PENDIDIKAN BARISAN NASIONAL DULU. Seorang insan bernama
Mahdzir Khalid. Kbai.
Sumber Imej: The Star Malaysia







0 Comments