Berberapa Adegan Yang Kita Nak Tengok Kesudahannya Dari 2019



1. VIDEO DUA LELAKI ‘YANG TAK DIKENALI’ – Tak kiralah sudut politik manapun kita berada. Yang pasti kita ingin melihat INDIVIDU YANG TIDAK KENALI dikenal pasti. Polis kata sebelum hujung tahun 2019 identiti pelakon ranjang ini akan dipastikan identitinya akan dipastikan..TETAPI SO FAR NOTHING. Tunggulah kita.
 
2. TIPU KE BETUL SI YUSOFF RAWTHER – Keputusan ujian mesin poligraf si budak kacak ni sampai sekarang masih belum diketahui. Takde sebarang kemajuan dalam kes ni. Admin nak jugak tapi sampai sekarang ni semuanya senyap.
 
3. SD AZILAH TENTANG ALTHANTUYA - Statutory Declaration atau SD bekas Chief Inspector Azilah telah mengegarkan bumi Malaya. Adakah siasatan baru akan membuahkan bukti baru. Adakah wajar untuk Najib melakukan Sumpah Laknat dalam hal ini? Adakah Razak Baginda akan disoal semula? Kami nantikan jawapan.
 
4. NAJIB, ZAHID, KU NAN, AZEEZ RAHIM AND CO. – Kalau ikutkan sepatutnya salah seorang dari 4 individu UMNO ni dah masuk penjara dalam rangkuman 12 bulan tahun 2020. TAPI admin sendiri tak pasti. Yang pasti lebih banyak fakta-fakta yang nengejutkan akan keluar semasa pembicaraan mereka-mereka ini.
 
5. STATUS LOKMAN ADAM DI UMNO – Ianya sudah menjadi satu perkara nyata yang Lokman Adam sudah bertelagah dengan Majlis Tertinggi UMNO. Apa nasib si Lokman ni kita saksikanlah sendiri. Kita tunggu dalam bulan-bulan seterusnya. Yang pasti jika Lokman tidak berkempen di Kimanis sahlah dia dan UMNO dah tak sehaluan.
 
6. KETEGUHAN MUAFAKAT NASIONAL - Muafakat Nasional makin lama makin menunjukkan keretakan dalam pemuafakat bersama Barisan Nasional. Haji Hadi kata BANTAI NAJIB DENGAN MENGATAKAN YANG SUMPAH LAKNAT TAK WUJUD. ZAHID PULAK CAKAP IANYA TIDAK WAJAR UNTUK ADA MUAFAKAT NASIONAL DI SABAH KERANA RAKYAT SABAH TOLAK PARTI YANG EKSTRIM? So masa depan sekutu-sekutu pembangkang ni pun admin nak tengok apa jadi.
 
7. RINGGIT MALAYSIA MAKIN KUKUH - Ringgit Malaysia makin kuat berbanding matawang asing. Rasanya bukan admin je nak tengok matawang Malaysia menjadi lebih kukuh. Banyak aspek ekonomi yang mampu berubah jika trend kekukuhan ini berterusan. So sama-sama kita nantikan kemungkinan positif 2020.
 
8. PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP) – PSP sepatutnya dilaksanakan pada bulan Januari 2020. Walaubagaimanapun ianya ditangguhkan kerana menurut Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH) sentiasa prihatin tentang kos sara hidup kerana harga minyak akan secara langsung memberi impak terhadap kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40. Apabila PSP dilaksanakan harga minyak akan terapung dan berpotensi untuk naik harga. Tarikh perlaksanaan PSP ini akan diumumkan kelak.
 
9. PRK KIMANIS – Setelah mahkamah memutuskan bahawa kemenangan Anifah Aman keatas kerusi parlimen Kimanis tidak sah maka kerusi  tersebut kini kosong dan perlu di isi. Anifah tidak mahu bertanding semula. Anak-anak beliau pun tak nak. Maka baru-baru ni Bung Mukthar telah mengumumkan bahawa calon UMNO di Kimanis ialah Ketua UMNO Kimanis Mohd Alamin. So sesame kita tengok outcomenya.
 
10. PERDANA MENTERI KE 8 – Tahun ini Tun Mahathir telah menjanjikan bahawa jawatan Perdana Menteri akan diserah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan semasa PH memenangi PRU ke 14.  Penyerahan ini yang sepatutnya berlaku di bulan May tetapi telah ditunda ke bulan November kerana Tun ingin menyelesaikan tugasnya dengan sempurna. So sesame kita tunggu bulan November dan lihat.
 
11. ISU KERETA RASMI PEGAWAI KANAN KERAJAAN – Menteri Kewangan sudah meyatakan yang isu ini hanyalah cadangan selepas kontrak Spanco (syarikat yang membekalkan kereta rasmi kepada kerajaan Malaysia tamat selepas 25 tahun). Cadangan pembelian kereta mewah ini terletak di tangan Kabinet dan bukannya Menteri Kewangan. So sesame kita tengoklah jadi ke tak jadi.
 
12. STATUS MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MAJU – Kalau ikutkan visi Tun Mahathir pada tahun 1991, Malaysia sepatutnya sudah mencapai status negara maju tahun ini. Akan tetapi kerana komitmen kewangan tinggi dan pengurusan yang kurang memuaskan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, maka tertundalah visi Tun untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Takpela kita tunggu jela kot sampai tahun 2030.

Post a Comment

0 Comments