Bossku Pemberi Rezeki. Sayang Bossku!

Sesungguhnya, Dialah yang Memberi Rezeki.

Sila cium tangan Bossku.


Dalam dunia ni, duitlah yang paling penting sekali. Setuju tak? 

Duit ni dapat menyelesaikan banyak masalah dan menenangkan fikiran yang kusut. Sebab itulah semua orang terkejar-kejar carik duit banyak.  Pagi petang siang malam. 


Bab Halal Haram ni dah masuk #AdaAkuKesah sebab semua orang nak duit banyak. Janji poket penuh. Janji boleh pi holiday merata dunia. Nak post kat social media la, apa lagi, kan?


Yang duit banyak pulak, sentiasa disanjung, dipuja, dihormati, macam dia la pulak yang Pencipta Bulan dan Bintang. Macam dialah Pemberi Rezeki Alam Semesta, termasuk burung-burung yang berterbangan.


Astagfirullahal azim. Apa nak jadi la kat dunia akhir zaman ni?


Sebab apa jadi macam ni?


Sebab duit ni bukan sahaja boleh beli barang dapur dan bayar yuran sekolah. Duit boleh beli keta Mesedis, beli rumah kat London, boleh buat rambut tinggi-tinggi, boleh pi Umrah 30 kali, boleh kahwin dua tiga walaupun rupa dah kerepot, kubur dah panggil. 


Betul tak?


Duit yang kecik-kecik, masuk ASB, walaupun dividen dah tak banyak, tapi masih TOP in the market. Tak ada risiko, so letak jer la kat situ.


Yang paling penting, duit ni juga boleh membeli Undi Rakyat, boleh bagi Bonus kat orang sampai RM50,000 dan boleh beli Unta Mahal macam Zaman Rasulullah Alayhi Salam. Haaa, itulah dia kepentingan duit. Kalau takde duit, beli Vavi jer.. eh Viva jer. Tak best la kan?


Sebagai contoh, inilah dia kes-kes terbaru SPRM yang menunjukkan yang Admin ni tak cakap Bohong cam Bossku.



Shahrir Samad - 1 Juta
Ahmad Maslan - 2 Juta
Tengku Adnan - 2 Juta
PAS - 90 Juta

Ini cuma contoh yang terkini, yang lain kita tok sah dok ulang siaran.  You all pun tak amek pot la siapa dapat habuan duit curian sebab tak masuk akaun kita kan. So biaq pi lah. Kita Follow jer la kes tu kat Mahkamah.

So, itulah dia Lumrah Kehidupan Terkini. Tun pun dah kata :

"Kita dah sampai pada satu tahap, yang mana, orang cium tangan pencuri, panggil Bossku. Jadi Bossku curi duit pun tak apa. Orang cium tangan pencuri pun it's OK. It's OK to steal.

15th Election, pilihlah Bossku. 

If the voters in this country feel that crooks should run this country, because Crooks give you a lot of money, well go ahead.

But from Pakatan Harapan, no way, we are going to give money, STOLEN money to People."

Sumber : Sinar Harian

https://www.youtube.com/watch?v=OymhwSidc14

Akhir kata, yang dok mengatib Kerajaan Sepenggal ni, tepuklah dada, tanyalah selera. 

Teruskan Cium Tangan Pencuri. Sembahlah Bossku. Pujalah si Penyamun Malaya tu hingga ke Akhir Zaman.

Ketahuilah, yang sengsara nanti, bukannya Hang. Tapi anak cucu Hang.

Tapi, yang kelakar tu, dalam kutuk-mengutuk Kerajaan Sepenggal ni, Bab E-tunai RM30 tu laju jer claim kan?

Sekian, terima kasih.

Post a Comment

1 Comments