DAP BOLEH KUATKAN SERAMBI MEKAH



Ramai yang menganggap Democratic Action Party atau DAP adalah sebuah parti politik yang mengambil ahli berdasarkan kumpulan etnik. Ini sememangnya tak benar. DAP terdiri dari ahli pelbagai bangsa dan pelbagai latarbelakang. Ianya dibentuk pada tahun 1965 dan telah menjadi jentera utama dalam memberi ‘check and balance’ kepada kerajaan Barisan Nasional sehingga mereka dikalahkan di PRU14.

Walaupun DAP mempunyai ramai pemimpin bangsa Cina, ianya sebenarnya sebuah parti yang muhibah yang diterima baik pelbagai kaum. Seorang ahli politik veteran yang juga pernah menyandang kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dibawah Kerajaan Barisan Nasional telah dilantik sebagai Pengerusi DAP di negeri Kelantan…

Ramai yang bertanya..eh kenapa nak join parti Cina huh? Jawapan anak kelahiran Bachok Kelantan ni simple je…"Saya harap dapat menangani isu ini dengan memberitahu mereka bahawa jika mereka semua menyertai saya, maka DAP tidak lagi akan menjadi 'parti Cina'.
Yang orang tak paham sampai harini ialah, DAP memanglah ramai ahli berbangsa Cina sebab ramai yang berbangsa Cina yang join.

India pun ramai tapi sampai harini DAP masih kekurangan ahli Melayu kerana ramai Melayu yang lebih tertarik kepada naratif etnik UMNO. Tak salah kalau nak ikut haluan sendiri tapi parti yang muhibah elok jugak kan. Asas perpaduan dan keharmonian kebersamaan boleh lebih dirasai didalam sebuah parti seperti DAP.

Tapi ramai sangat Melayu yang musykil dan mengelar DAP musuh Melayu aka Islam. Ini adalah akibat secara lansung propaganda UMNO untuk menjatuhkan sebuah parti sejak 1965 (saat Demokratik Action Party) ditubuhkan. Agenda UMNO adalah untuk mencari ‘seorang’ musuh ketat yang boleh dimangsakan UMNO, anytime anywhere…

Kata-kata hikmah Zaid Ibrahim harus diambil kira sebagai pandangan yang modernist dan bernas. Beliau juga mengatakan "Ada juga dijangka akan tanya jika saya adalah pemimpin anti agama. Saya akan jelaskan ini tidak benar. Saya hanya menentang idea bahawa jika kamu adalah ustaz atau mufti, kamu arif tentang segala-galanya mengenai dunia," katanya.
Sebagai wakil DAP di Kelantan, yang dianggap sebagai kubu PAS, Zaid berkata beliau mempunyai misi ‘dua-serampang’.
“Untuk menjelaskan kepada orang Melayu bahawa DAP adalah parti politik biasa, tidak berbahaya kepada orang Melayu. Saya juga akan pujuk pemimpin DAP yang jadi menteri untuk berusaha (membuat pembangunan) untuk membantu negeri seperti Kelantan,"
Kelantan jika dilihat sekilas pandang Kelantan adalah sebuah negeri yang masih memerlukan pembangunan infrastruktur dan kekuatan ekonomi. Sehingga kini, Kelantan masih belum dapat menandingi banyak negeri-negeri lain yang jauh lebih kecil daripadanya. Walaupun Kelantan mempunyai banyak sumber asli, potensi negeri ini belum lagi dimaksimakan. Kelantan memang popular dengan gelaran Serambi Mekah. Bayangkan jika serambi Mekah ini dapat digerakkan untuk menjadi salah sebuah  negeri paling maju di Malaysia, ianya pasti akan diterima baik rakyat Kelantan.
UMNO dan PAS secara bergilir telah memegang tampuk kepimpinan Kelantan sekian lama. Akan tetapi anotomi Kelantan tetap sama. Bukankah sudah tiba masanya Serambi Mekah ini dijadikan salah satu tiang ekonomi negara? Mungkin juga Kelantan bukan hanya memerlukan landasan teologi yang kuat tapi ideologi yang mantap juga? Harapan. Harapan. Harapan.

Post a Comment

0 Comments