Ini adalah origin story. Origin story seorang penyeludup rokok keretek yang menjadi orang kanan Najib. Dia punya hubungan rapat dengan Rosmah dulu sampai dia berjaya memasuki Majlis Tertinggi UMNO dalam masa tercepat. DIA NI PEGANG NAJIB DAN PEGANG ROSMAH. Orang UMNO yang senior citizen pun tak dapat memegang Najib macam dia atau diberi peluang sepertinya. Dia, abang dia dan sepupu dia sebenarnya banyak melakukan aktiviti under the table untuk membanyakkan lagi keuntungan mereka.
NAMA DIA AZEEZ RAHIM THE BAWSE, AHLI PARLIMEN BALING KEDAH. Dia adalah seorang India Muslim yang fasih berbahasa Tamil kerana inilah bahasa yang digunakan keluarganya dalam interaksi harian mereka.
Azeez ni tak pandai sangat la kat sekolah tapi dia pandai gebang dan mencari peluang. Kalau korang nak tahu Nash dari kumpulan rock Lefthanded rapat dengan dia. Dulu untuk mengkayakan dirinya, aktiviti utama dia ialah seludup rokok kretek dari Indonesia dan menjual kereta terpakai. Dulu dia ada lot kereta terpakai kat Petaling Jaya yang dinamakan AZEEZ KERETA TERPAKAI. Ada orang cakap Azeez ni sebenarnya gangster tapi entahlah. Lagipun memang ramai jugak gangster kat UMNO kot. So kalau betul sepadan la kot.
Azeez ni juga pernah ditahan polis kerana mengacu pistol ke muka orang. Apa jadi dengan kes tu pun aku tak tahu tapi sumber mengatakan Azeez ada pegang beberapa orang berpangkat besar dan berpengaruh dalam tangan dia sejak dulu lagi. Azeez ni join UMNO pun taklah lama dulu. Tapi dia adalah oportunis yang tak segan guna duit untuk mendapatkan lebih kuasa dan lebih banyak ongkos.
So lepas Azeez jadi orang politik dia menggunakan sepupunya yang bernama Nazri dan abangnya Rahim sebagai proksi aktivitinya. Haram ke tak haram tu Wallahualam, tapi yang pasti sumber mengatakan sepupu dia si Nazri ni memang dia punya ‘man on the ground’. Umur tak sampai 30 dah kaya gila. Kahwin tema Bollywood (macam pesta) dan kereta kahwin guna Lamborghini dan ada outrider sekali.. tapi pendidikan setakat sekolah menengah je. Azeez pun sama.
Pendidikan dia adalah sekeping sijil MBA yang dibeli dari Preston University (Uni Yang Jual Ijazah) yang TIDAK diiktiraf sesiapa …TAPI NAJIB RAZAK TELAH MENJADIKAN SPESIS MANUSIA SEPERTI NI PENGERUSI TABUNG HAJI KERANA DIA RAPAT DENGAN ROSMAH ‘CAN I ADVISE YOU SOMETHING’ MANSOR.
So lepas Azeez jadi orang politik dia menggunakan sepupunya yang bernama Nazri dan abangnya Rahim sebagai proksi aktivitinya. Haram ke tak haram tu Wallahualam, tapi yang pasti sumber mengatakan sepupu dia si Nazri ni memang dia punya ‘man on the ground’. Umur tak sampai 30 dah kaya gila. Kahwin tema Bollywood (macam pesta) dan kereta kahwin guna Lamborghini dan ada outrider sekali.. tapi pendidikan setakat sekolah menengah je. Azeez pun sama.
Pendidikan dia adalah sekeping sijil MBA yang dibeli dari Preston University (Uni Yang Jual Ijazah) yang TIDAK diiktiraf sesiapa …TAPI NAJIB RAZAK TELAH MENJADIKAN SPESIS MANUSIA SEPERTI NI PENGERUSI TABUNG HAJI KERANA DIA RAPAT DENGAN ROSMAH ‘CAN I ADVISE YOU SOMETHING’ MANSOR.
Bayangkan orang seperti ini yang mempunyai kredibiliti yang harus dipersoalkan diletakkan sebagai Pengerusi Tabung Haji. Lembaga Tabung Haji adalah hasil cetusan idea dari Prof Ungku Aziz. Prof Ungku Aziz mencadangkan penubuhan sebuah badan yang boleh menyimpan wang dan menguruskan perjalanan bakal haji ke Mekah, pada masa sama badan tersebut akan memberi pembahagiaan keuntungan bukan pembayaran bunga (riba) kepada penyimpan. Setiap tahun jumlah pendeposit di Tabung Haji meningkat. Jumlah wang beratus juta akan mengalir masuk ke Tabung Haji. Najib sedar Tabung Haji ni sebenarnya lubuk duit. Jadi dia jadikan agen dia Azeez sebagai pengerusi Tabung Haji.
Azeez dan abangnya Rahim telah diberkas SPRM seketika dulu. Mereka mempunyai 12 dakwaan penyelewengan wang terhadap mereka berjumlah RM144 juta. WOW…LEBIH BANYAK DARI PENYELEWANGAN WANG ZAHID HAMIDI TU!! Azeez juga didakwa memberi kontrak Tabung Haji kepada kroni dan sedara dia berjumlah berjuta. Duit sebanyak RM500 ribu dirampas dari rumahnya. Alasan dia beri untuk kehadiran jumlah sebesar itu dirumahnya ialah…JENG JENG untuk tolong pelarian Palestin. Kalau nak tipu pun, tipu la yang logik sikit. Nak tolong orang Palestin duit tak simpan kat rumah boss. Duit patut dah transit dah kat bank..
Menurut the Sunday Times (Singapura) “Tabung Haji sepatutnya mempunyai aset bernilai RM64 billion tapi merekodkan kekurangan RM4 billion dalam jumlah simpanan. Tabung Haji juga telah memalsukan laporan (bawah seliaan Azeez) pembayaran dividennya pada tahun 2017 untuk menjustifikasi pembayaran dividen sebanyak 6.25% sebelum PRU14 (nak pancing undinye pasai). Tak payah nak ceritalah poket mana yang diisi wang RM4 billion tersebut.
Sama jugaklah semasa isu pembelian sekeping tanah TRX dengan nilai sebenar RM4.15 juta untuk membina sebuah service apartment 40 tingkat. Tabung Haji dibawah Azeez Rahim telah membayar sebanyak RM188.5 juta untuk tanah tersebut dengan duit ahli Tabung Haji.
Secara individu pula Azeez diberi kontrak untuk pembelian trak bomba dan kenderaan ambulans sehingga ianya menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan ahli-ahli kanan UMNO. Irwan Serigar (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) dan Ali Hamsa ( Ketua Setiausaha Negara) juga dipegang Azeez. Gang Mamak letew..
Cuba bayangkan seorang yang tak dikenali seperti Azeez tiba-tiba je jelma dalam dunia politik diberi kepercayaan penuh oleh Najib Razak DAN TIBA-TIBA JADI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO DAN PENGERUSI TABUNG HAJI.. Kenapa?
Najib pula menjadikan orang seperti ini orang kanannya? Kenapa?
....SEBAB DUIT NAK LAHAP DUIT TABUNG HAJI LA SEBAB NAK TUTUP LUBANG 1MDB..
1 Comments
x real sgt ceritanya..mcm disusunatur tpi x lngkap..
ReplyDelete