Prosedur Untuk Dapat RM30 Melalui E-Tunai Curi Maklumat Kita Sekali? ROTFL

Konsep inisiatif e-tunai RM30 dah bermula. Konsep ini membolehkan 15 juta rakyat yang berumur lebih 18 tahun yang berpendapatan kurang RM100k setahun untuk memulakan pengalaman e-wallet mereka dengan pemberian sebanyak RM30 oleh kerajaan Malaysia.

Admin tak paham. Ada individu yang telah memohon RM30 duit inisiatif e-tunai melalui tiga app e-wallet utama iaitu Grab , Touch n Go dan Boost.  Bila mereka terpaksa ikut prosedur pemohonan, ada yang tetiba cuak. Mereka mula bising bahawa Kerajaan sedang mengumpul informasi mereka untuk pelbagai kegunaan 

NONSENSE SUNGGUH LA.. Apa lah korang ni?  Kalau Kementerian Kewangan nak informasi korang diorang petik jari je dapat kot. Informasi bank korang, alamat, tempat lahir, tak bayar hutang dan lain-lain maklumat semuanya kerajaan dah memang ada. Ko ingat CCRIS CTOS tu bawah siapa? Bank Negara yang dibawah siapa?? KEMENTERIAN KEWANGAN LA

Kredit Imej: Star Online

Ketua Pemuda Ikatan Shahrir Adnan pulak mengaku inisiatif ini bagus khususnya dalam bidang peruncitan ni tapi risau tentang isu keselamatan digital. Nak risau apa bro? Jangan lupa yang inisiatif ini adalah dibawah Khazanah Nasional, syarikat milik Kerajaan Malaysia.

Lagipun kan sistem semua online…maka maklumat dari Jabatan Cukai, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Imigresen, Jabatan Makan Minum dan segala jabatan ke jambatan ke SEMUA ADA DI TANGAN KERAJAAN. Dah memang informasi warganegara la…ko nak sorok pun takleh. Ko tak bayar road tax pun kerajaan tahulah wei..(AH CEPAT PEGI RENEW ROAD TAX KAU)

Kerajaan nak bagi korang RM30 free pun complain…kata tak kenyang makan la..tak hingin la…come on la. Jangan la negative sangat. Macam mana ekonomi negara nak maju kalau camtu attitude korang? E-wallet ni untuk kebaikan dan kesenangan semua.

Disebabkan punya ramai menengahkan isu keselamatan digital, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah mengatakan bahawa selfie dengan MyKad  yang diminta ketiga-tiga applikasi e-wallet di Malaysia adalah maklumat kerajaan dan tidak boleh diusik mana-mana pihak swasta. Menurut Menteri Kewangan lagi setakat ni RM 10 juta daripada jumlah RM450 juta sudah diberi. Kerajaan akan memastikan kesemua rakyat dalam kumpulan sasar seramai 15 juta orang akan menerima sumbangan e-wallet ini dalam masa terdekat.

Apa yang admin pelik bila app macam ANGRY BIRDS ke WAZE ke MOBILE LEGEND ke, bila diminta ACCESS TO DEVICE…ACCESS TO PHOTO…ACCESS TO LOCATION..ko bagi dengan relanya. Bila Iphone ko suruh key in personal info ko turut je…

Pokok pangkalnya janganlah cuak sangat…KERAJAAN DAH KENAL KAU PUN…TU YANG DIA NAK BAGI DUIT E-TUNAI KAT KAU…PASTU TAKYAH LA KO ANGKUT DUIT BERKEPUK…guna Iphone korang je la nak bayar. INGAT INSIATIF INI ADALAH UNTUK MENGGALAKAN PENGGUNAAN PEMBAYARAN DAN TRANSAKSI MELALUI E-WALLET.

MOF tak nak data korang. Dia nak tolong korang. Maklumat korang dah ada dah pun… 

Post a Comment

0 Comments