Siapakah Menteri Kewayangan yang sebenarnya???

Ramai yang kata Ekonomi Malaysia ni teruk sangat sebab dah termakan dengan Propaganda Penyamun Malaya, MO1 tu, sampai dia kata bulan terbit kat sebelah barat, pun Nacai percaya bulat-bulat.
Memang hebat Propaganda Penyamun Malaya, Admin tak nafikan. Macam-macam nama ejekan dia gunakan. Dia buat kelakar, dia ingat funny la sangat dok panggil Menteri Kewayangan tu.
Ha... tetiba, wayang yang besar tu ada kat rumah dia sebenarnya kan. Kat page dia boleh la dia nak gebang, rupa-rupanya, kat rumah dia macam Mickey Mouse, kena jerit dengan bini. Penyamun hanya mampu cakap, Ok... Ok... OK



Dah la duit GST tu dia kata kerajaan punya, dok letak kat Consolidated Account, pas tu, hari-hari dok menaip keluar macam-macam angka. Tak de siapa pun yang Check figure-figure dia tu. Tapi gigih nak back up kata Bossku Betul! Apa benda la.

Pelik kan, masa kau Menteri Kewangan dulu, kau sebok merompak. Semua benda kau tak ingat. Tetiba dah kalah PRU14, sebok la hari2 nak cerita bab Ekonomi ni. Ini tak betul, itu tak betul.

Eh, ada berani ka cerita kat semua orang kau dah buat apa kat Khazanah Nasional? Eh, citer la sikit? Kasi tau satu dunia.

Kalau nak layan si Penyamun ni, memang boleh naik gila la.

Eh, tak yah cakap la pasal orang gila tu.

Jom semak keadaan Ekonomi Malaysia yang sebenar-benarnya.

Baru-baru ni, YB Lim dah keluarkan kenyataan. Semuanya positif untuk Tahun 2020.

"Semua data ini selari dengan unjuran Kerajaan bagi pertumbuhan ekonomi negara pada 2020. Kerajaan mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berkembang secara mampan pada kadar 4.7 peratus pada 2019, sebelum memecut kepada 4.8 peratus tahun ini.

"Bagi tempoh tiga suku pertama 2019, KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus tahun ke tahun,” kata Lim.

Satu lagi nak citer, dulu sebok la sangat pasal cukai tak cukup, sebab takde hasil kutipan GST.

Cuba baca keterangan Menteri di bawah.

Ditanya adakah kerajaan mampu menampung kerugian daripada penghapusan GST, Guan Eng berkata, pada rangka belanjawan lalu, kerajaan menjangka jurang kutipan SST adalah RM10 bilion berbanding GST.

“Bagaimanapun kita berjaya mengurangkan jurang itu daripada RM10 bilion kepada sekitar RM8 bilion mengikut pelan pengurangan jurang seperti diumumkan sebelum ini.

Sumber :
So, tak yah risau. Ekonomi kita mampan, akan berkembang pesat tahun ni.

Cuma kita Rakyat Malaysia ni, kena yakin.

Omputih kata, figures don't lie. But Najib, he lies through his teeth, everytime, all the time - and then he says, he cannot remember.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ekonomi mapan konon. Nilai ringgit jatuh . Saham jatuh sedangkan negara serantau semua naik. ASB, Tabung Haji, Kwap divident paling rendah bawah Ph. Ingat rakyat bodoh ker. Dah dah macai oiii.. benda drpan mata takkan tolol sgt tak nampak kikikikikiki

    ReplyDelete