Kredit Imej: The Rocket
Member
aku ni (sekadar member kedai kopi) adalah seorang peminat politik tegar yang
memang berperangai melompat parti macam katak kena renjatan elektrik. Parti
terakhir dia join ialah Parti Gerakan. Tiap kali aku jumpa muka jeragat dia
kerja dia tak lain tak bukan nak berpolitik je memanjang. Awek cun punyalah
ramai sekeliling tapi ko nak suruh aku layan ketaksuban kau berpolitik. Aku
marahlah jugak sebab mata aku dah start bau hamis akibat dah terlalu lama TAK
CUCI MATA. Anyway…si jibaun ni meneruskanlah pidato politik dia sampai satu
tahap aku dah ada GIF dalam kepala aku yang EYES ROLLING tu…
Memandangkan parti terakhir si ‘katak
elektrik’ ni ialah Gerakan mulalah dia buat komen pasal Ambiga Seenivasagam,
peguam tersohor dan juga aktivis hak kemanusian cakap baru-baru ni. Ambiga
kalau korang nak tahu baru-baru ni mengugut kerajaan dengan guess
what…PERHIMPUNAN LA!! PERHIMPUNAN APA KO TANYA??? KEEP READING.
Menurutnya Timbalan Presiden Gerakan Ong
Tong Keong kata "INGAT, AMBIGA DAN BERSIH HILANG
NEUTRAL SEBELUM PILIHAN RAYA KERANA MEREKA MENYOKONG PAKATAN HARAPAN SECARA
TERBUKA. TETAPI KINI DIA MENGANCAM UNTUK KE JALAN RAYA KERANA GAGAL
MELAKSANAKAN PEMBAHARUAN? DIA SEPATUTNYA MINTA MAAF KEPADA RAKYAT KERANA
MENGAJAK MEREKA MENYOKONG PAKATAN HARAPAN."
Aku pikir balik apa yang diperkatakan
Timbalan Presiden Gerakan. Lagi tak relevan lagi bernas pulak Gerakan ni eh?
Sebab dah cerai dengan UMNO kot.
Anyway…Ambiga bersuara seperti
seorang pembangkang. Dia kata PH u-turn. Dia kata masih ada janji yang perlu
dikotakan. Tapi dia tak spesifik tentang janji apa yang perlu dikota. Dia
membuat rujukan u-turn terhadap perundangan yang tidak dimansuhkan PH. Menurut
Ambiga kerajaan tidak seharusnya menunduk kepada tekanan dan meneruskan agenda
tanpa mengira akibat. AMBIGA MENAMBAH, JIKA KERAJAAN DALAM MATA PANDANGNYA
MASIH BELUM MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEALIRAN DENGANNYA MAKA AMBIGA AKAN ‘TURUN
PADANG LAGI SEKALI'
Bersih 6.0 la kot…
Seingat aku Ambiga ni adalah seorang
dalang utama yang mengaturkan berduyun-duyun manusia berarak semasa perhimpunan
Bersih dulu. Arakan yang menentang pentadbiran Bossku sehingga Barisan Nasional
tumpas ditangan rakyat Malaysia pada tahun 2018. Persoalan yang terlintas dalam
fikiran aku amatlah mudah. ADAKAH KENYATAAN AMBIGA YANG MAMPU MENGANCAM
KEAMANAN NEGARA DIBUAT UNTUK KEPENTINGAN NEGARA ATAU KEPENTINGAN AMBIGA?
Setelah Pakatan Harapan mengambil
alih sebagai kerajaan, mungkinkah seorang aktivis seperti Ambiga hilang
‘relevance’? Mungkinkah dia merasakan yang dia harus memperjuangkan sesuatu
walaupun tiada apa lagi tinggal untuk dijuangkan? Setiap kerajaan tidak dapat
lari dari cacat cela namun PENCURIAN SEKALA BESAR SUDAH DIMUSNAHKAN. KEZALIMAN
PENTADBIRAN TERBANTUT. RAKYAT DIDAHULUKAN. JANJI DIUTAMAKAN. Dari segi ekonomi
dan sosial kerajaan sudah mengambil langkah untuk meningkatkan lagi status
negara. Arus kebencian diredah PH tanpa keluhan. Yang penting Malaysia terjaga.
Jadi apa yang Ambiga nak? Adakah
Ambiga dalam satu tindakan terdesak akan tiba-tiba sekongkol dengan Najib dan
sekutunya? Aku rasa tidak. Tapi anything is possible.
Ambiga dulu Presiden HAKAM atau
PERSATUAN KEBANGSAAN HAK ASASI MANUSIA. Beliau memang seorang manusia yang
dibentuk untuk bersifat anti-establishment dan menegakkan apa yang tidak betul.
Beliau memang seorang insan yang bersifat murni. Tapi beliau juga seorang insan
yang dahagakan perjuangan.
Jadi bila dah takde benda nak
dijuangkan, apa Ambiga nak buat?
PERGI KE LUBANG CACING DAN CARI AGENDA
PERJUANGAN LA JAWABNYA.
AKU TAK BERSETUJU DENGAN PARTI
GERAKAN TAPI BERSETUJU YANG AMBIGA KENA DUDUK RUMAH DIAM-DIAM.
TOLONGLAH JANGAN MEMBUAT STATEMEN
UGUTAN YANG MAMPU MENGANGGU STATUS QUO KEAMANAN NEGARA DAN TIMBULKAN KEKECOHAN.
SEBAB ITULAH YANG BOSSKU NAK TENGOK
SANGAT AMBIGA OI!! NANTI ORANG TUDUH SEKONGKOL DENGAN NAJIB PULAK!
Ok bye…aku nak gi cuci mata!


0 Comments