Arakan Untuk Bangsa Atau Arakan Untuk Kebencian? NGO Racis Berarak Ke Istana Negara Bersama Ellie Suriaty.



Baru-baru sekumpulan 300 lelaki berpakaian seperti pahlawan dari Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) telah berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum yang meminta Yang Dipertuan Agung untuk campurtangan dalam isu yang menurut mereka menghina monarki, ketuanan Melayu dan agama Islam. Mereka berkumpul di Masjid Negara pada pukul 8 pagi dan kemudiannya berarak kearah Istana Negara untuk merealisasikan agenda hari Sabtu mereka.




Mereka siap bersepanduk yang Mengatakan ‘PATUHI RUKUN NEGARA’, KOMUNIS ITU PENGGANAS dan MENJUNJUNG TITAH TUANKU. Yang aku gelihati sekali bila ‘arakan’ mereka itu bukan berarak pun. Mereka sekadar memandu kenderaan mereka (kena guna WAZE kot) dan memandu ke Istana Negara. YANG MENJADI TUMPUAN BAGI AKU ADALAH KERHADIRAN ELLIE SURIATY, PEMINAT TEGAR NAJIB RAZAK DAN ROSMAH.




Ellie Suriaty ni adalah pelakon yang berbakat TAPI hilang pertimbangannya apabila menjadi taksub dengan isu politik negara. Sebagai pelakon dan pendokong seni negara ianya tidak wajar bagi seseorang seperti ini bersifat ekstrim dan racis dalam memberi pandangan politik tanpa keseimbangan. Beliau adalah pelakon. Ramai yang menghormatinya. Dia menjadi idola ramai. Ianya adalah tanggungjawab beliau untuk memberikan panduan moral yang sejajar dengan semangat kenegaraan dan perpaduan Malaysia. Tetapi Ellie Suriaty ni ingin semua orang tahu bahawa DIA MELAYU. DIA SOKONG UMNO. YANG DIUTAMAKAN HANYALAH BANGSANYA. Malaysia belakang kiralah kot.

Beautifulnara pernah melaporkan bahawa Ellie yang menimbulkan kekecohan dan provokasi telah menyebabkan pelbagai spekulasi negatif timbul terhadap dirinya. Selain dilabelkan sebagai ‘macai’, ada juga pihak yang mendakwa mungkin Ellie diupah untuk bermati-matian menyokong bekas PM (Najib) itu, mempunyai niat tertentu demi kepentingan dirinya. Ellie menafikan spekulasi ini kerana risau periuk nasinya akan terjejas.




Pusing macam mana pun lah. Yang pasti, dalang-dalang memorandum ini bermotivasikan sokongan politik. Kehadiran Ellie Suriaty dari UMNO  mengesahkannya.  Kesemua isu mereka seperti disasarkan kearah DAP. Strategi lapok ini sudah hilang keberkesanannya. Orang dah muak dengan naratif perkauman. Orang Malaysia inginkan perpaduan semula. Orang Malaysia inginkan keharmonian yang membentuk asas kekukuhan negara dulu. Tetapi orang macam PEMBELA dan Ellie Suriaty ni memang takde modal lain. Mereka lebih sanggup lihat Malaysia hancur berderai daripada menjadi sebuah negara dinamik yang bersepadu dengan komponen kepelbagaian kaum sebagai asas kekukuhannya. Mereka tidak inginkan idealisma keamanan ini. Mereka ingin memimpin negara dengan apa cara sekali pun.

Mereka ini ingin memimpin dengan kebencian. Jika kita menyemarakkan lagi api kebencian diantara diri kita bermakna mereka ini akan berada dalam posisi yang lebih berkuasa. Jika mereka ini menang Malaysia sudah pasti akan kalah. Kalah dalam mata dunia sebagai sebuah negara yang harus disanjungi. Kalah dari aspek toleransi dan kalah sebagai satu negara berbilang kaum yang berjaya.

Macam ni lah. Apa kata kita letak tepi perbezaan kita dan cuba membina negara dengan persamaan yang wujud diantara kita. Bukankah itu satu konsep yang lebih wajar dan matang? Masihkah kita ingin terperangkap dalam paradigma politik lapuk yang tak akan memberi kemajuan kepada keadaan politik, sosial dan ekonomi negara?

Apa kata dari membazir masa untuk berpolitik pada hari Sabtu kan ke elok jika kita mengambil masa untuk berekreasi bersama keluarga. Pergi tolong orang yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa atau agama. Apa kata kita menjadi seorang rakyat sebuah negara majmuk yang bertanggungjawab keatas kemajuan masa hadapannya dan bukannya seorang yang memundurkan negara dengan naratif perkauman yang tak bertempat…

Post a Comment

1 Comments