Betoiii ka Anwar Ibrahim Tak Akan Jadi PM8?

Sumber: The Edge Financial Daily, 19 Jan 2020.

Desas-desus dalam seminggu ni, ramai yang sebut Anwar Ibrahim takkan jadi PM-8. PAS dah tukar kiblat ke Tun M. Hishamuddin dengan Azmin gigih merancang cari katak lompat untuk bentuk Kerajaan Baru. Cerita latest pulak, Azmin akan lompat ke Gerakan, dengan Presiden Fan Club dia, Miss Zuraida. Kecoh la dia pergi parti Chap Goh Mei Gerakan baru-baru ni. Baca artikel ka tatas tu. Lagi la kuat gendang Azmin nak jadi PM-8, dan bukannya Bang Non.

Sebab tu lah Lobakman hangin. Hangin sampai dia sendiri cakap dah tak sehaluan dengan Zahid Hamidi. Hasilnya, Lobakman kena tending keluar. Kena jerit OFFSIDE dengan referee. Sekarang dah jadi Mr. Nobody, Mr Syok Sendiri – Terkontang-kanting.

Lokman Adam telah memulakan angin spekulasi paling kencang. Macam ribut topan. Lokman perkenalkan bumi Malaysia kepada ungkapan Pakatan Nasional. Dia membantah taktik pengecut Presiden UMNO yang menurutnya sudah bersedia untuk membelot dan menyokong Pakatan Nasional yang kononnya adalah persekutuan 4 segmen politik Melayu iaitu UMNO, PAS, PPBM dan perpecahan dari PKR. Pakatan ini kononnya juga bermatlamat untuk menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri dan mencampak tepi DAP dan Parti Amanah dengan mengunakan retorik ketuanan Melayu.

Menurut Lokman dua orang mastermind penyatuan ini adalah Hishamuddin di belah UMNO dan Azmin di belah Pakatan Harapan. Selang beberapa hari selepas Lokman dipecat UMNO kerana kebiadapannya terhadap Zahid, Zahid dan Annuar Musa dua-dua mengatakan tidak wujud konsep Pakatan Nasional dan ianya hanyalah satu khabar angin. Tun pulak kata…tak tahu menahu langsung.


Bam-bedebam selang tak sampai seminggu keluar pulak cerita tentang kewujudan sekeping Statutory Declaration. SD ni menurut pihak-pihak tertentu mengandungi 138 tandatangan ahli parlimen yang menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal. Ianya jadi semakin membingungkan bila Hadi dan Takiyuddin dari PAS dengan sekuat suara dan sepenuh hati menyokong kepimpinan Tun. Mereka ingin membawa ke parlimen usul undi keyakinan supaya Tun dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

Ini bermakna jika undi keyakinan untuk Tun dapat dikecapi, Anwar Ibrahim tidak akan ada peluang untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar kena main lagi. Ramai yang membuat spekulasi tentang nama-nama yang tertera dalam SD ini. Ada yang mengatakan nama Najib, Zahid, Hishamuddin dan Azmin ada dalam SD ni. Kononnya Zahid nak mintak kurangkan sikitlah Holiday kat Penjara Sg Buloh tu. Nak holiday sekejap jer, tak nak la lama sangat. Haaa, gitew.

Namun api spekulasi melakarkan satu situasi dimana sebuah ‘backdoor government’ boleh dan akan ditubuhkan dengan satu pakatan baru. Senang kata 3 parti akan masuk satu bilik, tandatangan satu dokumen pemuafakatan dan isytiharkan sebuah kerajaan baru. Malaysia tukar kerajaan lagi. Oh, wateva la kan…

Takkan atau akan? Itulah soalan yang lahir dalam semua minda manusia di Malaysia. Ramai yang marah. Ada yang kecewa dan ada yang riang. Persoalannya harus ka kita rasa cemas?

Entahlah, Admin pun dah tak tau nak komen. Sebab dulu masa Penyamun jadi PM, ramai yang bengang giler. Habis dah dia menyamun, Malaysia tukar Kerajaan. Pangkah PH. Lepas dah pangkah PH, ramai pulak yang memuja-muja Bossku. Macam dialah Dewa Pujaan Negara. Pening tak pening?

Ha, sekarang ni, nak buat Kerajaan Baru pun, ramai kata ini tak adil. Padahal, pengundi ni hari-hari dok komplen, ini tak betoi, itu tak betoi. Kami undi Kerajaan PH, bukan Back Door Government. Bla, bla, bla, bla, bla.

Walau apa pun, Admin nak habaq la kat you all, kuasa di tangan Tun. You all nak meroyan ke, nak berguling kat tanah ke, nak terjun gunung ke – tak ada orang peduli pun. Rilek jer la Bro – kita tunggu dan lihat dengan tenang. Itu je yang mampu kita buat...

Post a Comment

0 Comments