KENAPA MYSALAM DI TAWARKAN OLEH GREAT EASTERN TAKAFUL DAN BUKANNYA TAKAFUL MALAYSIA? MEH AKU TERANGKAN



Baru-baru ni Wee Ka Siong atau Si Baru Sekarang Nak Peduli telah mengapikan isu mySalam dengan silat temberang yang mengalahkan tukang-tukang gebang di UMNO. Mulanya si Wee Wee ni mempersoalkan sistem tuntutan mySalam yang menurutnya mempunyai pelbagai halangan birokratik. Setelah disekolahkan oleh beberapa pihak, beliau bergerak ke isu lain perihal mySalam dengan sokongan tukang karut tersohor Malaya, Najib Razak. Isu diajukan ialah kehadiran Great Eastern Takaful Berhad sebagai penawar mySalam dan data (informasi pelanggan) 9 juta orang yang kini dipunyai Great Eastern, sebuah syarikat insuran yang berasal dari Singapura.



Ramailah pula terpedaya sekejap dengan taktik pembangkang yang dah kebuntuan modal sehingga lupa niat sebenar mySalam. Wee Wee mengapikan situasi ni kerana mungkin cemburu yang idea untuk menolong golongan B40 melalui perlindungan kesihatan takaful bukan idea yang terbit dari tempurung kepalanya. Dia juga ingin menggunakan taktik pemolitikan UMNO lapuk dimana sekali lagi DAP dimangsakan. Idea mySalam adalah idea Kementerian Kewangan. Ideanya bernas. Ideanya juga akan membantu  berjuta orang dalam kategori B40 yang sebelum ini tidak terfikir untuk mendapatkan perlindungan kesihatan takaful. Secara ringkas mySalam adalah adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma yang akan merangkumi golongan M40 di masa hadapan.

Tapi terlintas dimulut dan minda ramai dikalangan orang Malaysia yang bertanya, kenapa Great Eastern Takaful dan bukannya Takaful Malaysia atau PruBSN Takaful?

Jawapannya mudah je. Sekitar tahun 2009 (time Najib start berkuasa) Bank Negara Malaysia telah menetapkan bahawa syarikat luar negara hanya boleh memegang 70% (atau kurang) peratus saham dalam syarikat perniagaan insurans di Malaysia. Sebagai contoh PruBSN Takaful adalah sebuah syarikat dengan pembahagian saham diantara dua syarikat iaitu Prudential Plc dari UK dan Bank Simpanan Nasional di Malaysia. Hasil usahasama ini telah melahirkan PruBSN Takaful, sebuah syarikat takaful yang menawarkan pelbagai produk-produk takaful dan wujud sebagai sebuah entiti tempatan.

Syarikat-syarikat seperti AIA Group, Tokio Marine, Zurich dan Prudential termasuk Great Eastern telah berikhtiar untuk mencari cara dimana mereka boleh dikecualikan dari peraturan Bank Negara Malaysia ini kerana pada tahun 2017 Bank Negara Malaysia telah mendesak syarikat-syarikat ini untuk mematuhi peraturan pegangan sebanyak 70% yang telah ditetapkan. Namun BNM, melalui Gabenornya telah membuat kenyataan dimana BNM boleh memberi pengecualian kepada syarikat-syarikat ini jika mereka memenuhi syarat yang memanfaatkan negara.

Disinilah masuknya Great Eastern yang telah bersetuju untuk memberikan RM2 billion jika mereka dikecualikan dari peraturan pemegangan 70% ini. RM2 billion ini digunakan kerajaan sebagai ‘wang benih’ untuk membentuk sebuah produk bagi inisiatif yang sudah lama dirancang kerajaan Pakatan Harapan. Sebuah skim kesihatan takaful yang dapat melindungi golongan B40 yang selama ini tidak meletakan takaful kesihatan sebagai salah prioriti kehidupan kerana wang pembayaran premium perlu digunakan untuk memenuhi keperluan asas harian. Maka mySalam sebagai satu produk takaful kesihatan yang diberi percuma adalah bertepatan dengan keperluan golongan B40.

Yang harus diingati juga bahawa pemegang skim mySalam BUKAN pelanggan Great Eastern tetapi dilindungi dibawah Kementerian Kewangan. Great Eastern sekadar mengurus dan memberi wang untuk skim ini kerana mereka ingin dikecualikan dari peraturan Bank Simpanan Nasional yang diperkenalkan pada tahun 2009 dan dikuatkuasa secara aktif pada tahun 2017. Menurut Menteri Kewangan juga Great Eastern tidak akan untung dari apa-apa premium yang tidak dituntut kerana apa-apa keuntungan terakru akan dikembalikan semula ke Dana Amanah mySalam.

Data yang dikumpulkan Great Eastern juga dilindungi dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data ini adalah data jenis yang sama disimpan syarikat seperti PruBSN Takaful, sebuah syarikat perkongsian bersama BSN dan Prudential Plc, sebuah syarikat dari United Kingdom. Taktik Wee Wee dan Najib dalam menakutkan kita tentang isu risiko keatas privasi maklumat kita sebenarnya bukan isu pun. Ianya langsung tidak sama seperti Najib yang memberi data kesemua 30 juta lebih rakyat Malaysia kepada syarikat seperti Cambridge Analytica untuk dimanipulasi sebelum PRU14.

Admin harap pencerahan ini dapat memberi klarifikasi penuh tentang status dan peranan Great Eastern Takaful Bhd dalam isu mySalam dan juga memberi gambaran yang lebih jelas kepada pembaca apabila bertemu dengan cerita-cerita spin mySalam yang dramatik oleh Bossku dan minionnya Wee Wee Ka Siong.

Post a Comment

0 Comments