Sebelum kita masuk bab peratusan Hibah dibayar kepada ahli Tabung Haji, mari kita tengok dulu apa jadi dengan Tabung Haji pada tahun 2017. Menurut audit kewangan keatas akaun TH pada tahun itu, lapuran kewangan TH pada tahun 2017 telah dipalsukan. Ianya dimanipulasi untuk menunjukkan bahawa kadar susut nilai tidak wujud dan Tabung Haji masih menunjukkan keuntungan walaupun Tabung Haji sebenarnya dah rugi. Inilah time TH dibawah pengawasan bekas pengerusinya Azeez Rempit.
Persoalannya kenapa ianya dipalsukan? Ianya kerana TH berada dalam keadaan defisit semasa itu. Kerana pembelian aset terlebih bayar dan penyelewengan wang yang berlaku di bawah bekas Menteri Jamal Khir (sekongkol dengan Najib dan Azeez) Tabung Haji sebenarnya mengalami kerugian berbillion. Menurut sumber dalaman pada masa itu defisit serta kerugian TIDAK DILAPORKAN di dalam lapuran kewangan tahunan TH supaya umat Islam tidak hilang keyakinan dengan Tabung Haji dan kerajaan Barisan Nasional yang pada masa itu. Mereka yang mempunyai pengetahuan tentang status kewangan Tabung Haji pada masa itu diberi arahan untuk merahsiakan kerugian tersebut.
Sekilas pandang mari kita tengok apa definisi Hibah dalam pemahaman Islam;
Definisi Hibah ialah ; pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad). Erti kata Hibah itu adalah ‘pemberian’.
Namun Hibah yang dibayar pada bulan Februari 2018 pada kadar 6.5% di bayar TH dibawah Najib kerana PRU14 sudah dekat walaupun Tabung Haji masa tu takde duit. Jika peratusan pemberian hibah jatuh maka ianya akan memberi impak kepada jumlah undi yang berpihak kepada Barisan Nasional. Masalahnya hibah yang diberikan adalah dari wang yang tidak pasti puncanya.
YANG DIBERI BUKAN DARI KEUNTUNGAN TABUNG HAJI KERANA TABUNG HAJI MENGALAMI KERUGIAN. SO MANA PUNCANYA DUIT TU? ADAKAH PUNCANYA DARI PINJAMAN? ADAKAH SUMBER WANG YANG DIBERIKAN SEBAGAI HIBAH ITU WANG HALAL?
PWC (FIRMA AUDIT) DAN BEKAS GOVERNOR BANK NEGARA KATA PUNCA WANG HIBAH ADALAH DARI WANG PENDEPOSIT. INILAH YANG NAK DITERANGKAN PH. INI BERMAKNA HIBAH DIBAYAR MENGUNAKAN KAEDAH PENIPUAN. PEMBERIAN HIBAH MELALUI KAEDAH PENIPUAN ADALAH SALAH DAN MUNGKIN JUGA HARAM. BAYANGKAN BUAT IBADAH DENGAN DUIT HARAM.


0 Comments