Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 telah dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Proses permohonan dan pengemaskinian ini ditumpukan kepada mereka yang layak berdasarkan syarat BSH 2020 tetapi tidak diluluskan untuk BSH 2019. Ini termasuk kategori baharu BSH 2020, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 untuk golongan bujang yang berumur 40 tahun dan ke atas.
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada bsh@treasury.gov.my, untuk sebarang pertanyaan. Untuk maklumat lanjut sila layari: bsh.hasil.gov.my
0 Comments