Ke arah mencapai status negara maju, aspek pembangunan negara tidak
boleh hanya diukur dari segi pertumbuhan ekonomi atau kepesatan infrastruktur
semata-mata sebaliknya, ia perlu dilihat dari sudut yang menyeluruh.
Sudut menyeluruh ini perlu merangkumi penumpuan terhadap kualiti
hidup, kuasa membeli selain pengagihan pendapatan yang lebih baik, dilihat
sebagai ukuran lebih bermakna bagi menilai pembangunan negara. Perkara ini
pernah ditegaskan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau turut menegaskan, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus berusaha
dalam memastikan kemakmuran dan kekayaan negara dapat diagihkan secara lebih
saksama melalui pelaksanaan dan pendekatan pembangunan yang lebih inklusif.
Atas sebab itu, pelbagai inisiatif berteraskan rakyat telah
diperkenalkan kerajaan dalam usaha mengurangkan beban pelbagai lapisan
masyarakat merangkumi e-Tunai Rakyat, Bantuan Sara Hidup (BSH), Skim Perlindungan
Nasional B40 (Skim mySalam), Bantuan Awal Persekolahan dan i-Suri.
Skim mySalam sebagai contoh, merupakan langkah
proaktif Kerajaan Persekutuan dalam membantu golongan B40 menangani kesulitan
kewangan yang timbul akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa
salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang tidak diduga.
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan PH merasai
keperitan yang ditanggung oleh rakyat yang hilang mata pencarian akibat sakit
atau kemalangan
Kira-kira 3.69 juta rakyat Malaysia terdiri daripada isi rumah
kumpulan pendapatan bulanan 40 peratus terendah (B40) yang juga penerima BSH
akan memperoleh manfaat daripada mySalam.
Dari segi penerimaan rakyat, mySalam dilaporkan memperoleh
sambutan menggalakkan oleh masyarakat,
yang mana mereka menyifatkannya sebagai bukti keprihatinan kerajaan
dalam mengurangkan beban golongan isi rumah B40 dalam mendapatkan rawatan
kesihatan.
Secara keseluruhannya, inisiatif mySalam ini membuktikan bahawa,
walaupun telah mewarisi beban kewangan yang cukup besar, ia tidak menghalang
pihak kerajaan untuk terus memperkenalkan program-program mesra rakyat.
Meskipun pelaksanaan program-program ini kelihatan berfasa-fasa,
kerajaan kekal komited untuk memastikan usaha terbabit mencapai golongan
sasaran dan mereka yang memerlukan akan menerimanya.
Kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) dikatakan akan terus
berusaha sedaya upaya untuk menjana dana bagi meringankan beban rakyat dan ke
arah mencapai matlamat itu, kerajaan turut mengambil langkah-langkah inovatif
dan alternatif.
Selain itu, Inisiatif e-Tunai Rakyat membabitkan peruntukan
RM450 juta bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada masyarakat
tanpa tunai, dilaporkan turut mendapat sambutan menggalakkan oleh pengguna.
Lebih banyak inisiatif
Sepertimana
dilaporkan, ekonomi negara dijangka berkembang lebih pesat pada 2020
berdasarkan kepada Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) Disember 2019 yang
meningkat ke paras tertingginya dalam tempoh 15 bulan, kata Menteri Kewangan
Lim Guan Eng.
Di
samping itu, katanya, kerajaan juga akan memperbanyakkan peluang pekerjaan dan
meningkatkan pendapatan belia, graduan baharu dan wanita melalui program
#MalaysiaKerja bernilai RM6.5 bilion dan pelaksanaan projek infrastruktur
bernilai RM120 bilion.
Sehubungan
itu, dijangkakan lebih banyak inisiatif baharu yang dapat melonjakkan kehidupan
serta meringankan beban rakyat akan diperkenalkan oleh kerajaan pada masa depan.
Saya optimis bahawa peruntukan inisiatif untuk
rakyat akan dapat terus dipertingkatkan sekali gus memanfaatkan golongan
memerlukan terutama B40 dan M40.
- Artikel oleh Manap B
0 Comments