Kalau korang rajin mendengar video posting Lokman Adam, punyalah marah si Lobak comey ni. Dalam video 14 minit dia aku nak tidur gak tapi part yang membangunkan aku bila Lokman kata Zahid Hamidi pergi mengadap Tun Mahathir dengan surat yang mengatakan beliau sedang dalam penyiasatan kerana main duit dalam Pilihanraya UMNO. Zahid Hamidi menjadi Presiden atas dasar main duti yang diagihkan ke ketua-ketua bahagian. Dia punya detail kalau korang dengar mesti korang seram-seram sejuk dengar.
Pada pandangan aku Lokman ni macam isteri yang dah kena cerai. Angau dia satu macam punya hyper. Aku nampak Lokman ni mungkin bercita-cita tinggi. Mungkin Lokman nak nampak macam pejuang Melayu terakhir supaya boleh jadi Presiden. Kalau didorong cita-cita dan sokongan padu oleh Bossku dan Azeez Kereta Terpakai, rasanya tak mustahil Lokman bercita-cita sehingga ke langit ketujuh. Dah DNA UMNO…apa ke taknya Lokman The Lobakman Adam bercita-cita rakus dan bersifat tamak haloba? Inilah politik parti yang melayu yang dikatakan sebagai pendorong kekuatan Ummah. Nampak sangat diorang ni opportunis. Diorang ni setamak manusia…diorang ni bukan kisah korang. Yang penting adalah mencari peluang untuk menyodok duti masuk akaun sendiri…
Dalam situasi ni ramai mempunyai bayangan yang mereka mungkin berpeluang untuk jadi Perdana Menteri. Bayangkanlah Perdana Menteri UMNO yang terakhir billionaire tu…Pasti ramai yang beraspirasi nak jadi camtu..
Lokman bukan sekadar bertentangan dengan Zahid je yang dia panggil pembelot. Tok Mat yang konon-konon nampak gentleman tu pun diterajang Lokman dengan dakwaan yang Tok Mat pernah menerima RM28juta ringgit dan beli rumah mahal kat London bernilai RM10 juta.
Ashraf Wajdi atau Acap pun didakwa ada kes penyelewangan juga. Ni yang aku terkejut. Bunyi diorang ni macam la bagus tapi rupanye kaki songlap negara gak. Nama Annuar Musa pun naik sekali. Lokman kata dia ada dokumen yang membuktikan diorang-diorang ni yang berdiri megah sebagai tiang kekukuhan UMNO sebenarnya hanya berpolitik untuk agenda duit. Aku tak terkejut kalau Lokman ni dengan Bossku start parti baru…
Parti Lu Orang Bersama AKu…
Acronym parti dia ni korang agak-agak apa?
Parti LOBAK laaa…
0 Comments