Kerajaan PN dibawah Muhyiddin Yassin telah memecat Pengerusi MARA Hasnita Hashim dan beberapa lagi ahli majlis termasuk Jamelah Jamaluddin, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff, Nungsari Ahmad Radhi, Ameer Ali Mydin, Syed Tamim Ansari Syed Mohamed, Zakri Mohd Khir and Ahmad Baslan Che Kassim. Sebab diberi adalah kerana mereka-mereka ini adalah saki baki lantikan politik PH. Ini memanglah satu alasan yang tak munasabah kerana selama-lama ni jawatan Pengerusi MARA dibawah Barisan Nasional memanglah lantikan politik. Contohnya Annuar Musa pernah memegang jawatan tersebut tetapi dipecat pada tahun 2017 atas isu penajaan Red Devils dari Kelantan.
Tapi kenapa tetiba time-time tengah krisis Covid-19, Muhyiddin tetiba pecat diorang ni…? Maknanya, idea nak pecat diorang ni dah berminggu dah kot.
Kepada yang tak tahu, ahli-ahli majlis MARA ni termasuk Pengerusinya dilantik secara terperinci oleh Council Of Eminent Persons(CEP) yang dipengerusikan Tun Daim Zainuddin di zaman PH. Logik lantikan mereka-mereka yang terpecat ni adalah untuk meletakkan ahli-ahli korporat bagi memberansangkan lagi pembangunan agensi seperti MARA. Dengan melantik ahli korporat, CEP berharap MARA tidak lagi akan dianggap sebagai sebuah alat efektif untuk mendapatkan sokongan politik melalui pelbagai faedah yang ditawarkan MARA.
CEP ingin meningkatkan tahap profesionalisma dan kredibilti MARA. TAPI bak kata Omputih, MARA telah banyak digunakan untuk ‘political leverage’oleh UMNO. Besar kemungkinan ‘tradisi’ ini ingin disambung Muhyiddin.
Jadi apa sebab ahli majlis MARA ni tetiba diangkat dan dicampak keluar oleh Mooyiddin and Co? Sebab yang diberi adalah sebab yang lemah, kurang menyakinkan dan tak boleh diterima akal secara objektif. Jadi apa sebab sebenarnya?
Camnilah. Memegang kuasa penuh keatas MARA adalah satu langkah politik dan strategik bagi kerajaan persekutuan. Ianya memberi kerajaan persekutuan kuasa ke atas kerajaan negeri tanpa mengira spektrum politik. MARA diletakkan dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Fungsi Mara adalah sebagai sebuah badan yang memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.
Pendek kata untuk menyemarakkan lagi sokongan dan menerapkan kesetiaan diantara orang Melayu di dalam mahupun di luar bandar, maka MARA lah mekanisma yang paling sesuai untuk mengecapi cita-cita tersebut.
Mooyiddin makin sedar popularitinya makin hari makin pudar. Perintah Kawalnya pun dikritik teruk kerana tidak dirancang dengan bijak dan teliti. Sedikit demi sedikit Muhyiddin sedar sokongan terhadapnya makin lama makin dipersoalkan. Maka dia harus mengambil langkah yang boleh mencetus populariti mendadak terhadapnya dikalangan masyarakat Melayu. Maka step 1, ialah kawal MARA sepenuhnya.
Khabar angin juga mengatakan Maszlee Malik akan menggantikan Hasnita sebagai Pengerusi. Ini mungkin Step 2.
Maszlee yang selama ini bersifat neutral dalam sokongannya terhadap pucuk pimpinan PPBM masih duduk bertenggek diatas pagar. Langkah ini mungkin boleh ‘membeli’ kesetiaan dan sokongan Maszlee Malik dan ramai lagi di kem Tun untuk menyokong Muhyiddin Yassin dalam pertandingan diantara beliau dan Tun untuk jawatan Pengerusi PPBM. Setakat ini Muhyiddin Yassin belum menghantar borang pencalonannya. Jika terlalu lambat Tun mungkin boleh menang tanpa bertanding. Tapi itu cerita hari lain.
Jawatan Pengerusi MARA dah pernah dijadikan saguhati kepada ahli-ahli kanan UMNO yang tidak dapat jadi ahli kabinet Menteri dari dulu lagi. Kes paling baru ialah Annuar Musa sehingga dia sendiri dipecat pada tahun 2017. Ini giliran Maszlee la pulak kot.
Apa-apa pun pemecatan tetiba ni ada sebabnya dan sebabnya bukan kerana lantikan dulu adalah lantikan politik. Sebabnya adalah untuk mengunakan MARA untuk kelebihan politik. Full stop.
0 Comments