Baru-baru ni kita dikejutkan
tentang berita dimana negeri-negeri dibawah PH tidak dipelawa ke Mesyuarat Khas
Covid-19 oleh Muhyiddin Yassin. Tapi ini tidak mematahkan semangat PH untuk
terus menjaga rakyat dibawah pentadbirannya yang memerlukan tangan bantuan dan
belas kasihan. Maka dengan itu Kerajaan Selangor mengumumkan Pakej Ransangan
Selangor Prihatin COVID-19.
Selangor dengan langkah
pro-aktif dan pantas telah memperuntukkan Rm127.78 untuk menangani kekurangan
yang dihadapi rakyat akibat penularan Covid-19. Pakej Ransangan Selangor
Prihatin COVID-19 akan membantu
individu, peniaga dan penjaja berlesen dalam meringankan beban kehidupan mereka
diwaktu genting sebegini.
Jika PN bermain politik dalam
krisis ini maka ianya amat wajar sekali untuk kerajaan-kerajaan negeri di bawah
PH untuk melaksanakan konsep insentif seperti Selangor tanpa bantuan kerajaan
pusat.
7 kategori rakyat telah
dikenalpasti sebagai kumpulan sasaran Pakej Bantuan Selangor ini.
Kumpulah seperti petugas
hospital, penjaja berlesen, peminjam hijrah, penyewa Skim Smart Sewa (konsep
sewa rumah murah dan simpanan wang di Selangor), Perbelanjaan ADUN untuk rakyat
(ditingkatkan) dan pembayar cukai (penangguhan bayaran cukai tapak)
Walaupun dengan kewangan
terhad, kerajaan Selangor sedar inilah masa yang paling sesuai untuk aliran
bantuan dilakukan dimasa rakyat amat memerlukannya.
Bersama kita harapkan yang penularan COVID-19 akan dapat
dibendung supaya kehidupan kesemua rakyat boleh kembali sediakala.
Yang menjadi keutamaan adalah
kebajikan rakyat dan bukan pemetaan politik. Kebajikan tidak seharusnya bersempadan.
Kebajikan adalah hak semua yang memerlukan.
0 Comments