100 Hari: Warna-Warni Kegagalan Pentadbiran Perikatan Nasional

Memandangkan 9 Jun 2020 ini genap 100 hari pemerintahan kerajaan PN, maka marilah kita bersama-sama menghayati semua penat-lelah dan usaha yang dilakukan PN setelah berjaya merampas kuasa melalui "Langkah Sheraton":

1) Retorik Haramkan Arak Tinggal Kenangan

PAS sebelum jadi kerajaan Pusat sibuk berjanji nak haramkan arak di Malaysia. Masa tu mereka tak pula fikir yang Malaysia ni sebuah negara yang berbilang kaum. Bila dah jadi kerajaan baru mereka sedar untuk jaga hati kaum lain yang ada di Malaysia ini. Jadi, janji tinggal janji ke PAS?


2) Scheme of Thing; Lantikan GLC

Tular rakaman audio Muhyiddin yang rupanya mereka dah rancang lama idea untuk beri sogokan berupa jawatan dalam GLC untuk semua Ahli Parlimen yang sokong PN kalau rancangan tebuk atap mereka berjaya. Itu yang sekarang mereka sibuk agihkan hasil rampasan perang tu.


3) Elak persidangan Parlimen

Semua orang tahu Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi jadi persidangan Parlimen tu memang wajib untuk pastikan proses semak dan imbang berlaku. Persidangan Parlimen sangat penting terutamanya dalam masa menghadapi pandemik Covid-19 kerana semua pihak tak kira kerajaan atau pembangkang perlu berganding bahu untuk bantu rakyat. Tapi, kenapa PN elak untuk mengadakan persidangan Parlimen ye?


4) VIP/ Menteri langgar PKP secara berjemaah


Rakyat langgar PKP kena denda maksimum RM1,000 atau penjara 30 hari, tapi kalau VIP atau Menteri yang langgar PKP siap dapat diskaun lagi.


5) Menteri PN gagal isytihar harta

Walaupun sudah 100 hari memerintah, nampaknya pemimpin PN masih gagal untuk isytihar harta mereka kepada umum. Berbeza dengan pentadbiran PH dulu, semua ahli parlimen membuat pengisytiharan harta untuk memastikan tiada isu rasuah dalam petadbiran mereka.


6) Ada buktikah minum air suam boleh bunuh Covid-19?

Satu mitos telah tular di media sosial dan media massa yang mengatakan minum air suam boleh bunuh virus Covid-19 di dalam tubuh badan. Perkara yang paling memalukan ialah apabila Menteri Kesihatan sendiri yang mengeluarkan kenyataan ini. Mengarut! Adakah beliau dah cuba cara ini??


7) Mak Cik Kiah dan rakan-rakan tertipu!

Seperti yang kita tahu, tujuan pemberian BPN adalah untuk meringankan beban rakyat. Tapi bila rakyat dah dapat BPN, kerajaan pula tak kawal harga barang! Adakah ini yang dikatakan Menteri PN buat kerja sehingga kenaikan harga barang pun tak dapat nak kawal?


8) Menteri Wanita terkenal di seluruh dunia kerana wanita diminta jadi Doraemon

Kementerian Wanita ada kongsi tips kepada para isteri untuk meniru nada suara Doraemon agar boleh menjaga hubungan suami isteri sepanjang tempoh PKP. Rina Harun nampaknya telah tersilap langkah memberi saranan kurang matang seperti “bercakap seperti Doraemon” dan “berhias-hias” kerana ia dilihat merendahkan martabat kaum hawa.


9) Menteri KPT galakkan guna Tik Tok

Adakah patut Menteri KPT sibuk anjurkan pertandingan Tik Tok sedangkan ramai pelajar universiti terkandas dan tidak dapat maklumat yang lengkap pada awal pelaksanaan PKP?


10) Norma Baharu Kerajaan PN – bebaskan tuduhan mahkamah

Selepas kes Riza Aziz selesai di mahkamah, kini giliran kes Musa Aman pula dibebaskan dari semua pertuduhan. Jadi, selepas ni giliran siapa pula ya? Mungkin ikut turutan; KuNan, Azeez Rahim, Ahmad Maslan, Bung Mokhtar, Zahid Hamidi dan Najib Razak?

Post a Comment

0 Comments