Aku Melayu Kenapa Nak Cakap English???

Sumber: SAYS.com

Rata-rata kita rakyat Malaysia memang fasih berbahasa Melayu. Ye lah kan, kalau kita tak ada satu bahasa yang semua orang faham banyak la pula 'misunderstanding' akan timbul kat Malaysia ni, ye dok? Tak boleh lari dari fakta la yang bahasa juga melambangkan identiti sesebuah negara. Secara tidak langsung, sis percaya yang bahasa boleh membina perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum. 

Since kita di Malaysia ni terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum maka terdapat juga beberapa bahasa lain yang wujud di sini, kan? Tapi itu tak menjadi penghalang atau masalah kepada kita untuk hidup aman bersama, kenali dan fahami antara satu sama lain. Boleh dikatakan, kita generally bangga dengan bahasa ibunda sebab tengok lah, rakyat asing yang datang bekerja di sini senang je belajar bahasa melayu sebab nak communicate dengan kita, heheh.

Isu dia sekarang ni, kenapa sesetengah pihak di Malaysia ni, pantang bila dengar orang cakap bahasa lain...ESPECIALLY, BAHASA INGGERIS. Sis paling tak faham kena ramai tak puas hati kalau orang kita, orang MELAYU yang lagi selesa speaking in English. Kita kan dulu dijajah oleh nenek moyang omputih tu dulu dulu, so bahasa inggeris tu takda la asing sangat dekat Malaysia ni sebenarnya.


Sumber: Soscili

Ni nak habaq la, bukan kita belajar English language ni daripada sekolah tadika ke? Tu lah, orang lain duk rajin belajar dengar cakap cikgu, you sorang je kot yang tidoq time tu. Kita banyak spend time belajar kat sekolah, 8-9 subjek on average dan salah satunya Bahasa Inggeris. Dulu masa sis kat sekolah, sis tergamam sikit lah bila ada segelintir pelajar dalam kelas sis tak berminat langsung nak belajar subjek BI. Eh, diorang ni memang takda langsung ke fikir kenapa learning the english language sangat lah penting bila dah habis sekolah nanti.

Yang tak tahan tu, bila ada yang busuk hati, sampai nak menyindir-nyindir orang yang fasih bertutur dalam BI dan ada yang tak fasih mana pun tapi berani je speak the language sebab NAK BELAJAR. JANGAN MALU NAK BELAJAR daripada b*doh somb*ng asyik fikir orang mengata dia je. HANG YANG TAK FAHAM, NAK MARAH PASAIPA??? BELAJAR LAH!! Proses pembelajaran mesti ada salah silap kan takda yang terus betul. JANGAN TAKUT MEMBUAT KESILAPAN, UOLLSS!! 

Senang je nak belajar bahasa ni, uolls kena rajin je. Sekarang zaman ada internet lah, tak payah nak bukak kamus besar gedabak tu. Google je lah perkataan yang you tak faham tu atau belajar je kat YouTube. TAK SUSAH PUN SERIOUSLY!! Bukan nak memperkasakan bahasa asing tetapi kalau kita sebagai seorang individu nak maju, mestilah korbankan sedikit untuk membuat perubahan for 'personal growth'.

Sumber: SAYS.com

Kalau hang tak nak belajaq takpa. Malu nak cakap BI sebab takut buat salah, takpa. Tapi jangan dok nak hasut orang lain dengan pointless cacian dan makian. DAPAT APA PUN KALAU PERANGAI ASYIK NAK JATUH KAN ORANG JE?? NAMPAK SANGAT SEBENARNYA HANG TU INSECURE, HAHAHA!!

Sudah-sudah la pertikaikan bahasa yang diguna orang lain. Sebab lain orang, lain cara hidup dia dan lain cara pendidikan di rumah, itu kita kena faham. Tapi mungkin kita boleh ada persamaan seperti tahap usaha, tak kisah lah sikit or banyak effort tu, IT WILL STILL MEAN SOMETHING! 

Sama jugaklah orang yang memang dah fasih cakap english. Janganlah korang make fun or perli-perli those people who are attempting to speak in English. Kalau diorang grammar depa berterabur atau tersalah sebut perkataan tu (mispronunciation), jangan diam je, jangan gelakkan diorang instead you betulkan kesalahan diorang (tegur secara halus la kot, selit sikit gurauan nak sedapkan hati kawan tu). Tapi you jangan lah terasa atau butthurt pula bila kena tegur. Be optimistik sikit so that you tak salah faham niat orang yang tegur you tu, yeee. 

Konklusinya lah kan, (AHAKS FEELING FEELING SASTERAWAN PULA GUNA 'KONKLUSINYA' :p) TAKKAN ADA MELAYU MURTAD, CINA MURTAD, INDIA MURTAD, MAMAK MURTAD bila cakap bahasa lain sebab your mother tongue takkan hilang selagi you ingat asal usul you, tu je sebenarnya. In simpler words, tak akan hilang pun identiti bangsa you kalau belajar bahasa lain. Lagi luas pandangan dan pemahaman ada la. Hidup ni adalah proses pembelajaran yang berterusan, there are no right or wrongs until you act upon it. ALWAYS, ALWAYS BE MINDFUL OF YOUR ACTIONS.

Artikel ni tidak ditujukan pada siapa-siapa pun tapi siapa makan cili terasa lah pedasnya, hehehe. So, sis nak bagi some words of advice, STOP HATING ON THINGS YOU ARE UNFAMILIAR WITH AND DON'T DO THINGS OUT OF SPITE. Ok sis gerak, luuu! Tak payah roger-roger, kalau nak kita jumpa kat KENNY ROGER ROASTERS, HEHEH OKBYE!!


Sumber: Twitter

Post a Comment

0 Comments