PETANDA TERDEKAT YANG MUAFAKAT NASIONAL AKAN DIBUBARKAN

Sumber Imej: Berita Harian

Ianya bukan rahsia yang Haji Hadi Awang telah bertemu dengan Tun Mahathir baru-baru ini. Apa yang dibincangkan mereka memanglah tidak diketahui sesiapa tapi banyak hint dan spekulasi lahir dari pertemuan tersebut. Lantas dengan penyebaran khabar angin ini, Tuan Haji Hadi menepis desas-desus ini dengan mengatakan yang PAS tidak mahu menyertai kerajaan atau memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan Pakatan Harapan. Itulah yang terbit dari mulut tapi siapa tahu apa yang berkampung dalam hati.

Tetapi tak lama selepas itu, Setiausaha Agung PAS iaitu Takyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan yang memberi lebih banyak tanda tanya daripada jawapan. Beliau menyatakan Ia bergantung pada tawaran. Setakat ini kita belum terima apa-apa (tawaran) dari kerajaan. Bila bercakap soal kerajaan pusat, maknanya kerajaan PH, bukan PM (perdana menteri) seorang. Lainlah ceritanya kalau kamu (pemberita) kata dijemput oleh PM untuk sertai kerajaan pusat...Itu belum terjadilah. Hanya tanggapan orang ramai," Respons kriptik seperti TIDAK SECARA LANGSUNG menolak kemungkinan yang PAS akan sertai Pakatan Harapan. Ianya sekadar membingungkan pendengar dan memarakkan lagi api spekulasi.

Sejak dua menjak ini, kalau dilihat dari segi kenyataan dan tindakan, Haji Hadi sudah tidak secara lantang membangkang kedudukan kerajaan Pakatan Harapan. Ada aspek-aspek dimana Haji Hadi dengan vokal menyokong tindakan Perdana Menteri seperti pendirian Tun keatas isu imigresen kerajaan India dan pendapat Tun kerana ketidak hadiran beberapa negara ke KL Summit 2019. Haji Hadi sendiri pernah meletakkan sokongan padunya dibelakang Tun (sejak Tun menjadi Perdana Menteri) semasa beliau mengatakan yang “ TUN MAKIN TUAN MAKIN MENJADI”.

Spekulasi ini memanglah satu reaksi semulajadi kerana reaksi UMNO terhadap PAS semasa PRK Kimanis haritu tidak menampakkan keinginan mendalam UMNO untuk bergerak senada dengan PAS. Zahid meminta PAS mengecualikan diri mereka di Sabah atas alasan yang rakyat Sabah tidak inginkan sebuah entiti politik ektrimist di Sabah. Maka terkuburlah cita-cita PAS untuk menapak dan menghadirkan diri sebagai pemain politik  aktif di Sabah (jika cita-cita sebegini wujud). Ini juga mengambarkan ketamakkan UMNO yang tidak ingin berkongsi kejayaan atau dominasi di Sabah jika ianya dikecapi. PAS pastinya dalam diam-diam terasa terkilan dengan statemen Zahid Hamidi. Tapi Haji Hadi mungkin sudah melayan Plan B PAS di dalam kepalanya.

Sebagai seorang pemimpin yang pernah dengan mata sendiri menyaksikan bagaimana UMNO menipu PAS pada tahun 1978 ianya amat logik sekali jika Haji Hadi mencari jalan -jalan alternatif dalam mencapai cita-cita mereka untuk menjadi sebahagian dari mekanisma kerajaan di Malaysia. Dari sudut politik ianya tidak bijak jika PAS hanya bergantung pada lafaz janji UMNO tanpa ‘back-up plan’.

Jika betul PAS ingin berkongsi tempat dengan parti komponen lain didalam Pakatan Harapan, apakah akan terjadi dengan Muafakat Nasional yang kurang setahun dulu diraikan dengan semegah-megahnya? Adakah situasi ini wujud kerana UMNO makin lama makin bersifat tamak dan tidak endah terhadap asas pemuafakatan mereka dengan PAS? Atau kehadiran PAS adalah sekadar pengisian sementara dalam UMNO menunggu kembalinya ‘isteri-isteri’ lama mereka kembali seperti Gerakan atau PBS..

Apa yang pasti Muafakat Nasional kini tidak bergerak sebagai satu entiti agresif yang sepakat dan lantang bersuara. Mungkinkah Muafakat Nasional ibarat harimau yang hilang taringnya? Adakah tiang kekuatan Muafakat ini sudah digegarkan dengan kemusykilan dan ketidak percayaan?

Admin mengaku lanskap politik Malaysia akhir-akhir ini menampakkan pelbagai insiden yang mengejutkan. Kejadian politik dari pihak pembangkang dan kerajaan banyak kali menimbulkan persoalan, 'WHAT’S NEXT?'

Maka admin pun tanyakan soalan yang sama. WHAT’S NEXT FOR MUAFAKAT NASIONAL and WHAT’S NEXT FOR PAS? Sesama kita tunggu dan lihat…

Post a Comment

2 Comments

  1. PH HNYA KERAJAAN SEPENGGAL..TUN BIJAK DIA MASIH BERJIWA UMNO..CUMA DIA TOLAK NAJIB SAJA..KALO NAJIB TURUN ITU HARI PASTI TUN TAKKN MASOK BLOK PH..PASTU SEKARANG BNYK PEKARA YG KERAJAAN BUAT X MNYENANGKN RAKYAT..DIA SAJA BUAT GITU SUPAYA PRU 15 PH BUNGKUS..DIA BKN NK BG ANWAR PM PUN..TUN NI BIJAK...ANWAR X KN DPT JD PM PUN...PILIHNRY UMUM AKAN DIADAKN ..X CAYA TUNGGUUUU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi najib tak nak turun. MT pun tak berani. Maka rakyatlah yg menurunkan dia.

      Delete