Sumber Imej: Berita Harian
Ianya bukan rahsia yang Haji
Hadi Awang telah bertemu dengan Tun Mahathir baru-baru ini. Apa yang
dibincangkan mereka memanglah tidak diketahui sesiapa tapi banyak hint dan
spekulasi lahir dari pertemuan tersebut. Lantas dengan penyebaran khabar angin
ini, Tuan Haji Hadi menepis desas-desus ini dengan mengatakan yang PAS tidak
mahu menyertai kerajaan atau memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan Pakatan
Harapan. Itulah yang terbit dari mulut tapi siapa tahu apa yang berkampung
dalam hati.
Tetapi tak lama selepas itu,
Setiausaha Agung PAS iaitu Takyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan yang memberi
lebih banyak tanda tanya daripada jawapan. Beliau menyatakan “Ia bergantung pada tawaran.
Setakat ini kita belum terima apa-apa (tawaran) dari kerajaan. Bila bercakap
soal kerajaan pusat, maknanya kerajaan PH, bukan PM (perdana menteri) seorang. Lainlah ceritanya kalau kamu (pemberita) kata dijemput oleh PM untuk sertai
kerajaan pusat...Itu belum terjadilah. Hanya tanggapan orang ramai," Respons kriptik seperti TIDAK
SECARA LANGSUNG menolak kemungkinan yang PAS akan sertai Pakatan Harapan. Ianya
sekadar membingungkan pendengar dan memarakkan lagi api spekulasi.
Sejak dua menjak ini, kalau dilihat dari segi kenyataan dan tindakan,
Haji Hadi sudah tidak secara lantang membangkang kedudukan kerajaan Pakatan
Harapan. Ada aspek-aspek dimana Haji Hadi dengan vokal menyokong tindakan
Perdana Menteri seperti pendirian Tun keatas isu imigresen kerajaan India dan
pendapat Tun kerana ketidak hadiran beberapa negara ke KL Summit 2019. Haji
Hadi sendiri pernah meletakkan sokongan padunya dibelakang Tun (sejak Tun
menjadi Perdana Menteri) semasa beliau mengatakan yang “ TUN MAKIN TUAN MAKIN
MENJADI”.
Spekulasi ini memanglah satu reaksi semulajadi kerana reaksi UMNO
terhadap PAS semasa PRK Kimanis haritu tidak menampakkan keinginan mendalam
UMNO untuk bergerak senada dengan PAS. Zahid meminta PAS mengecualikan diri
mereka di Sabah atas alasan yang rakyat Sabah tidak inginkan sebuah entiti
politik ektrimist di Sabah. Maka terkuburlah cita-cita PAS untuk menapak dan
menghadirkan diri sebagai pemain politik aktif di Sabah (jika cita-cita sebegini
wujud). Ini juga mengambarkan ketamakkan UMNO yang tidak ingin berkongsi
kejayaan atau dominasi di Sabah jika ianya dikecapi. PAS pastinya dalam
diam-diam terasa terkilan dengan statemen Zahid Hamidi. Tapi Haji Hadi mungkin
sudah melayan Plan B PAS di dalam kepalanya.
Sebagai seorang pemimpin yang pernah dengan mata sendiri menyaksikan
bagaimana UMNO menipu PAS pada tahun 1978 ianya amat logik sekali jika Haji
Hadi mencari jalan -jalan alternatif dalam mencapai cita-cita mereka untuk
menjadi sebahagian dari mekanisma kerajaan di Malaysia. Dari sudut politik ianya
tidak bijak jika PAS hanya bergantung pada lafaz janji UMNO tanpa ‘back-up
plan’.
Jika betul PAS ingin berkongsi tempat dengan parti komponen lain didalam
Pakatan Harapan, apakah akan terjadi dengan Muafakat Nasional yang kurang
setahun dulu diraikan dengan semegah-megahnya? Adakah situasi ini wujud kerana
UMNO makin lama makin bersifat tamak dan tidak endah terhadap asas pemuafakatan
mereka dengan PAS? Atau kehadiran PAS adalah sekadar pengisian sementara dalam UMNO
menunggu kembalinya ‘isteri-isteri’ lama mereka kembali seperti Gerakan atau
PBS..
Apa yang pasti Muafakat Nasional kini tidak bergerak sebagai satu entiti
agresif yang sepakat dan lantang bersuara. Mungkinkah Muafakat Nasional ibarat
harimau yang hilang taringnya? Adakah tiang kekuatan Muafakat ini sudah
digegarkan dengan kemusykilan dan ketidak percayaan?
Admin mengaku lanskap politik Malaysia akhir-akhir ini menampakkan
pelbagai insiden yang mengejutkan. Kejadian politik dari pihak pembangkang dan
kerajaan banyak kali menimbulkan persoalan, 'WHAT’S NEXT?'
Maka admin pun tanyakan soalan yang sama. WHAT’S NEXT FOR MUAFAKAT
NASIONAL and WHAT’S NEXT FOR PAS? Sesama kita tunggu dan lihat…
2 Comments
PH HNYA KERAJAAN SEPENGGAL..TUN BIJAK DIA MASIH BERJIWA UMNO..CUMA DIA TOLAK NAJIB SAJA..KALO NAJIB TURUN ITU HARI PASTI TUN TAKKN MASOK BLOK PH..PASTU SEKARANG BNYK PEKARA YG KERAJAAN BUAT X MNYENANGKN RAKYAT..DIA SAJA BUAT GITU SUPAYA PRU 15 PH BUNGKUS..DIA BKN NK BG ANWAR PM PUN..TUN NI BIJAK...ANWAR X KN DPT JD PM PUN...PILIHNRY UMUM AKAN DIADAKN ..X CAYA TUNGGUUUU
ReplyDeleteBetul. Tapi najib tak nak turun. MT pun tak berani. Maka rakyatlah yg menurunkan dia.
Delete